Tuesday, August 5, 2008

Ustaz Akhil Hayy - Siapa, Dimana, Bila?


Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D'Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.

Ustaz Akhil sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Puan Maizawati Zainal. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata. Selain daripada aktif memberikan ceramah agama di seluruh Malaysia, Ustaz Akhil juga telah mempunyai beberapa buah album Nasyid. Antara album Ustaz Akhil adalah:

1. Di Bawah Satu Cahaya
2. Nasyid Lagenda
3. VC-1423H




Friday, August 1, 2008

Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz

Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 01



Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 02


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 03


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 04


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 05


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 06


p/s: Bandingkan dengan pemimpin UMNO ada ker macam ni?