Thursday, November 20, 2008

Kisah Ibu dan Kita






* Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

* Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

* Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

* Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

* Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

* Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

* Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

* Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

* Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

* Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

* Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

* Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

* Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

* Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

* Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

* Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

* Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

* Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

* Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

* Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah…!”

* Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

* Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

* Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

* Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

* Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Di hari ini izinkan anakmu berucap

“Kami mencintaimu ibu …
Semoga kasih sayang Allah terlimpah atasmu
dan ampunkan atas segala kesalahan-kesalahanmu”
Amin …

Untuk Ibu nun jauh di sana, selamat hari Ibu .. Cinta kasihmu, kasih sayangmu, perjuangan dan ketulusanmu akan selalu aku kenang. Pengobat rinduku padamu, pembakar semangatku untuk menggapai apa yang lebih baik. Semoga Allah SWT meridhoi bakti kita. Amin ya rabbal alamin …

p/s: buat ibuku Zainun Binti Latif

Setiap Wanita itu Cantik




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita"
, kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.


Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.

Nampak Tak?



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika
: Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid
: Nampak cikgu.
Guru tadika
: Pen ada kan?
Murid-murid
: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika
: Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: pen ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.
Guru tadika
: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: Tuhan ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin
: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika
: Boleh,mari ke depan.
Amin
: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid
: nampak.
Amin
: cikgu ada kan?
Murid-murid
: ada.
Amin
: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid
: tak nampak.
Amin
: cikgu ada otak tak?
Murid-murid
: tak ada.

Thursday, September 4, 2008

GANJARAN SOLAT TERAWIH



GANJARAN TERAWIKH....

Malam : 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam : 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam : 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam : 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam : 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam : 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam : 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam : 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam : 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam : 10 Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam : 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam : 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam : 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam : 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam : 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam : 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam : 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam : 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam : 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam : 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam : 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam : 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam : 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam : 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam : 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam : 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam : 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam : 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam : 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam : 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makan!"

Tuesday, August 5, 2008

Ustaz Akhil Hayy - Siapa, Dimana, Bila?


Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D'Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.

Ustaz Akhil sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Puan Maizawati Zainal. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata. Selain daripada aktif memberikan ceramah agama di seluruh Malaysia, Ustaz Akhil juga telah mempunyai beberapa buah album Nasyid. Antara album Ustaz Akhil adalah:

1. Di Bawah Satu Cahaya
2. Nasyid Lagenda
3. VC-1423H




Friday, August 1, 2008

Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz

Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 01



Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 02


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 03


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 04


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 05


Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz 06


p/s: Bandingkan dengan pemimpin UMNO ada ker macam ni?

Tuesday, July 29, 2008

"Mengapa harus minum air putih banyak-banyak..?

Tahukah Anda?





Sebenarnya jika nak tahu jawapannya cukup "menakutkan".

Kira-kira 80% tubuh manusia terdiri dari air. Malah ada beberapa bagian tubuh kita yang memiliki kadar air di atas 80%. Dua organ paling penting dengan kadar air di atas 80% adalah : Otak dan Darah.

Otak memiliki komponen air sebanyak 90%, Sementara darah memiliki komponen air 95%. Jatah minum manusia normal sedikitnya adalah 2 liter sehari atau 8 gelas sehari. Jumlah di atas harus ditambah bila anda seorang perokok. Air sebanyak itu diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar dari tubuh kita lewat air kencing, keringat, pernafasan, dan peluh.

Apa yang terjadi bila kita menggambil kurang dari 2 liter sehari...? Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. Caranya...? Dengan jalan "menyedut" air dari komponen tubuh sendiri. Dari otak...? Belum sampai begitunya (wihh...bayangkan otak kering bagaimana jadinya...), melainkan dari sumber terdekat : Darah. !! Darah yang disedut airnya akan menjadi makin tepu.

Akibat darah makin tepu ini, maka perjalanannya akan kurang lancar. Saat melalui ginjal (tempat menyaring racun dari darah) Ginjal akan bekerja lebih keras menyaring darah.

Dan kerana saringan dalam ginjal halus, tidak jarang darah yang tepu boleh menyebabkan kerosakan pada glomerulus ginjal. Akibatnya, air kencing anda berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan ginjal. Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus menghabiskan beribu seminggu untuk mencuci darah.

Eh, tadi saya sudah bicara tentang otak ' kan...?

Nah ketika darah tepu mengalir melalui otak, perjalanannya agak tersekat. Otak tidak lagi "aktif", dan karena sel-sel otak adalah yang paling kuat menggunakan makanan dan oksigen, Lambatnya aliran darah ini boleh menyebabkan sel-sel otak cepat mati atau tidak berfungsi sebagaimana mestinya..(ya wajarlah namanya juga kurang makan...)

Bila ini ditambah dengan penyakit jantung (yang juga kerjanya tambah berat bila darah mula tepu), maka serangan stroke boleh lebih cepat datang. Sekarang tinggal anda pilih: melakukan "perubahan" dengan minum sekurangnya 8 gelas sehari- atau- "membayar bunga" kerana sakit ginjal atau stroke.

Anda yang pilih...!

JENIS MAKANAN

Tahukah anda ?



Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA

  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


·
CARA MAKAN

·
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

·
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah.................................
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

·
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

·
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

·
Mandi Pagi sebelum subuh,
sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

·
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air batu/ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

·
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

·
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme
sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Monday, July 28, 2008

Fikirkan sebentar

Tahukah anda ?





Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

  • Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita bisa mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.

  • Untuk bisa mengumpulkan pujian dan kritik dan menyaksi mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada satu orang pun yang bisa mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita.

  • Dan apa yang anda pikiran dalam otak anda jauh lebih berharga dari pada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Karena mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.

  • Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh didalam tulang dada kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

  • Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemukan cinta yang jauh lebih indah.

Saturday, July 26, 2008

Post pertama aku utk blog ini 28/08/2006





Isnin 28/08/2006

Pagi tadi aku baru sampai dari kampung (Machang Kelate). Penat badan ni tak hilang lagi ni. Ni pun baru bangun dari tido tak tahan badan penat .. sebab apa nanti sat aku cerita. Fuhhh ...ini sejarah la aku naik bas dari kampung ker KL. 3 hari yg lepas aku balik kampung jengok anak bini aku. Bini aku dah dekat 2 bulan dah balik kampung. Dia mengandung la ni .. baby nombor 2 (mintak la Tuhan bagi anak perempuan lak) alahan dia teruk sangat tu yang aku terpaksa izinkan dia balik kampung duduk dgn keluarga kat dia sana sampai la dia rasa ok balik. Aku cakap cakap kat kalau boss bagi cuti aku balik la jumpa dia.

OKlah .. ni nak cerita pasal bas malam tadi yg aku naik. Malam tadi memang penuh bas tiket semua kaunter dah habis.. masa aku beli tiket tu tinggal la 1 kaunter jer kat hujung. Tengok kat singboard tulis bas Utama. Aku masuk la tanya tiket. Budak jual tiket tu cakap tiket banyak lagi katanya bas baru. Aku pun tak kisah la janji ada tiket sebab dah janji dengan boss kena balik kerja hari isnin. Aku beli la tiket tu harga pun lebih kurang yg lain la kalu dari Machang ker KL tu RM35. Kat tiket tu tulis Syarikat Bas PAKA .. Perkasa Bas .. tak pernah lak aku dengar nama bas tu .. budak tu kata ni first time bas tu jalan KL jadi aku angguk jer la .. janji dapat masuk opis esok. Malamnya lepas siap siap kemas pakaian salam dgn semua orang kat rumah aku cakap kat bini aku kalau dia dah OK sikit boleh la balik KL balik .. dia kata mudah mudahan .. anak lelaki aku ni sorang plak dah mula nangis dah nak ikut .. pegang ka kaki aku nak ikut .. terpaksa la aku pujuk pujuk dia dulu .. hek hek.

Abg ipar aku hantar aku ker stesyen malam tu. Dia pun tak bleh tunggu lama katanya tinggal la aku sorang kat situ .. apa pun aku tak kisahlah aku pun tak nak susahkan dia. Lebih kurang pukul 10:30 mlm aku tengok bas tu sampai .. aku happy la takut jugak aku dgn bas baru sebab tak pernah dengar nama bas Perkara .. kalau Mutiara, Mahligai, Trans, Sutera ker biasa la aku dengar. Malam tu ikut list drebar ada la 8 org jer naik malam tu. 15 minit kemudian lepas settle barang masuk bas tu mula bergerak. 5 minit kemudian aku dengar la drebar tu call somebody .. dengar la loghat kelate dia campur cakap KL selang seli. Apu pun tak clear apa dia cakap lagi pun kepala aku masih kat anak bini aku lagi .. tengah reply SMS dengan bini aku. 1/2 jam kemudian, sampai stesyen Petronas Kuala Krai .. drebar bas tu buat pengumuman dia mintak semua penumpang dalam bas tu transfer ker bas depan. Aku tengok semua org dah gerak turun aku pun ikut turun sekali. Aku tengok bas kat depan tu cuma bas kilang jer .. aku dah mula was was dah. Tak per .. aku naik dan ambik set dulu aku pun dah tak ada pilihan aku pikir pun. Masa aku ambik tempat duduk .. aku dengar drebar bas Perkasa tu tengah buat deal dgn drebar bas kilang tu (drebar india). Entah apa lak diaorang ni cerita pasal setle saman la bagai. Sah dah aku pikir aku dah KENA TIPUUU la ni .. bukan aku saja 8 org yg 1 bas tadi pun kena tipu gak nampak gayanya. Hampeh bayar tiket RM35 tapi naik bas kilang .. aircorn pun tak dak. Aduhhhh ... nasib badan betul!!! Dalam hati aku menyumpah dan aku pun ada dengar sok sek sok sek orang belakang kiri kanan depan aku pun tak puas hati. Tapi tak der pilihan kena la teruskan perjalanan macam mana pun ... dalam hati aku bising pun tak guna cuma ambik la buat pengajaran utk lain kali. Dah la aku punya set keras macam baru .. sakit belikat aku 7 jam atas kerusi tu .. hu hu hu (padan muka aku).

Jadi aku cerita la kat member kat opis aku sepanjang perjalan malam tadi. Aku cakap kat dia (dan utk diri sendiri) .. lain kali jgn la sesekali beli tiket bas yg entah apa apa. Beli la tiket bas yang dah ada nama dan esteblist. TAKUT KENA TIPU!! (memang dah kena punnnnn)