Saturday, July 26, 2008

Post pertama aku utk blog ini 28/08/2006





Isnin 28/08/2006

Pagi tadi aku baru sampai dari kampung (Machang Kelate). Penat badan ni tak hilang lagi ni. Ni pun baru bangun dari tido tak tahan badan penat .. sebab apa nanti sat aku cerita. Fuhhh ...ini sejarah la aku naik bas dari kampung ker KL. 3 hari yg lepas aku balik kampung jengok anak bini aku. Bini aku dah dekat 2 bulan dah balik kampung. Dia mengandung la ni .. baby nombor 2 (mintak la Tuhan bagi anak perempuan lak) alahan dia teruk sangat tu yang aku terpaksa izinkan dia balik kampung duduk dgn keluarga kat dia sana sampai la dia rasa ok balik. Aku cakap cakap kat kalau boss bagi cuti aku balik la jumpa dia.

OKlah .. ni nak cerita pasal bas malam tadi yg aku naik. Malam tadi memang penuh bas tiket semua kaunter dah habis.. masa aku beli tiket tu tinggal la 1 kaunter jer kat hujung. Tengok kat singboard tulis bas Utama. Aku masuk la tanya tiket. Budak jual tiket tu cakap tiket banyak lagi katanya bas baru. Aku pun tak kisah la janji ada tiket sebab dah janji dengan boss kena balik kerja hari isnin. Aku beli la tiket tu harga pun lebih kurang yg lain la kalu dari Machang ker KL tu RM35. Kat tiket tu tulis Syarikat Bas PAKA .. Perkasa Bas .. tak pernah lak aku dengar nama bas tu .. budak tu kata ni first time bas tu jalan KL jadi aku angguk jer la .. janji dapat masuk opis esok. Malamnya lepas siap siap kemas pakaian salam dgn semua orang kat rumah aku cakap kat bini aku kalau dia dah OK sikit boleh la balik KL balik .. dia kata mudah mudahan .. anak lelaki aku ni sorang plak dah mula nangis dah nak ikut .. pegang ka kaki aku nak ikut .. terpaksa la aku pujuk pujuk dia dulu .. hek hek.

Abg ipar aku hantar aku ker stesyen malam tu. Dia pun tak bleh tunggu lama katanya tinggal la aku sorang kat situ .. apa pun aku tak kisahlah aku pun tak nak susahkan dia. Lebih kurang pukul 10:30 mlm aku tengok bas tu sampai .. aku happy la takut jugak aku dgn bas baru sebab tak pernah dengar nama bas Perkara .. kalau Mutiara, Mahligai, Trans, Sutera ker biasa la aku dengar. Malam tu ikut list drebar ada la 8 org jer naik malam tu. 15 minit kemudian lepas settle barang masuk bas tu mula bergerak. 5 minit kemudian aku dengar la drebar tu call somebody .. dengar la loghat kelate dia campur cakap KL selang seli. Apu pun tak clear apa dia cakap lagi pun kepala aku masih kat anak bini aku lagi .. tengah reply SMS dengan bini aku. 1/2 jam kemudian, sampai stesyen Petronas Kuala Krai .. drebar bas tu buat pengumuman dia mintak semua penumpang dalam bas tu transfer ker bas depan. Aku tengok semua org dah gerak turun aku pun ikut turun sekali. Aku tengok bas kat depan tu cuma bas kilang jer .. aku dah mula was was dah. Tak per .. aku naik dan ambik set dulu aku pun dah tak ada pilihan aku pikir pun. Masa aku ambik tempat duduk .. aku dengar drebar bas Perkasa tu tengah buat deal dgn drebar bas kilang tu (drebar india). Entah apa lak diaorang ni cerita pasal setle saman la bagai. Sah dah aku pikir aku dah KENA TIPUUU la ni .. bukan aku saja 8 org yg 1 bas tadi pun kena tipu gak nampak gayanya. Hampeh bayar tiket RM35 tapi naik bas kilang .. aircorn pun tak dak. Aduhhhh ... nasib badan betul!!! Dalam hati aku menyumpah dan aku pun ada dengar sok sek sok sek orang belakang kiri kanan depan aku pun tak puas hati. Tapi tak der pilihan kena la teruskan perjalanan macam mana pun ... dalam hati aku bising pun tak guna cuma ambik la buat pengajaran utk lain kali. Dah la aku punya set keras macam baru .. sakit belikat aku 7 jam atas kerusi tu .. hu hu hu (padan muka aku).

Jadi aku cerita la kat member kat opis aku sepanjang perjalan malam tadi. Aku cakap kat dia (dan utk diri sendiri) .. lain kali jgn la sesekali beli tiket bas yg entah apa apa. Beli la tiket bas yang dah ada nama dan esteblist. TAKUT KENA TIPU!! (memang dah kena punnnnn)

No comments: